fbpx
MOUNT (kanan) meledak gol pembukaan Chelsea ketika mereka menundukkan Sheffield 2-1 pada aksi awal pagi semalam. – AFP

Resepi Tuchel makin ‘menyelerakan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHEFFIELD – Chelsea meneruskan kebangkitan di bawah pe­ngurus baharu, Thomas Tuchel selepas menang 2-1 ke atas Sheffield United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Bramall Lane awal pagi semalam.

Dua gol masing-masing menerusi jaringan Mason Mount dan Jorginho sudah cukup buat The Blues membawa pulang tiga mata, manakala tuan rumah memperoleh satu gol hasil jari­ngan sendiri Antonio Rudiger.

Tuchel tanpa berselindung mengakui gembira dengan permulaan cemerlang bersama Chelsea, lebih-lebih lagi hanya dibezakan satu mata dengan pasukan tangga keempat, Liverpool.

“Bola sepak di England amat sukar kerana ia lebih fokus kepada­ fizikal selain setiap pasukan memiliki kualiti tersendiri. Selain itu, jadual perlawanan juga sangat padat.

“Saya gembira kerana semua­nya berjalan dengan lancar dan kami berjaya dapatkan tiga mata lagi hari ini (semalam). Semua pemain berada dalam keadaan cukup bersemangat sekarang,” ujar Tuchel.

Bekas jurulatih Paris Saint-Germain (PSG) itu juga sangat berpuas hati dengan prestasi setiap pemain ketika ini selain percaya pemain-pemainnya sa­ngat dahagakan kemenangan.

“Pasukan ini sebenarnya sudah bersedia dan sangat dahagakan kemenangan. Saya dapat rasakannya setiap kali melangkah masuk ke padang latihan,” kata­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI