fbpx

Perniagaan sarung tangan Inix tarik minat pelabur Hong Kong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEMENYIH – Dalam tempoh dua minggu selepas memukta­madkan proses pengambilalihan 51 peratus saham syarikat L&S Gloves Sdn. Bhd. (L&S Gloves), perniagaan sarung tangan Inix Technologies Holdings Bhd. (Inix) telah berjaya menarik minat pelabur dari Hong Kong.

Wakil dari dua buah syarikat yang disenaraikan di Hong Kong, iaitu Sunrise Progression Global Holdings Ltd. (Sunrise) dan Seng Hoi Ltd. (Seng Hoi) telah melawat kilang penghasilan sarung tangan L&S Gloves di sini serta membincangkan urusan untuk memesan sehingga 240 juta kotak sarung tangan nitril.

Pesanan tersebut adalah untuk tempoh dua tahun, dengan harga jualan dijangka ditetapkan pada AS$9 (RM36.55) sekotak.

Harga tersebut membolehkan L&S Gloves mendapat keuntu­ngan sebanyak AS$2 (RM8.12) sekotak.

Wakil bagi kedua-dua syarikat berkenaan, Hoo Ching Han berkata, sekiranya pesanan ber­kenaan diterima dan dipenuhi, syarikat berminat untuk melabur bagi pembangunan 20 barisan pengeluaran sarung tangan nitril baharu bagi memenuhi pesanannya secara eksklusif.

“Kami mahu Inix menjadi syarikat bersekutu bagi memastikan bekalan sarung tangan nitril berterusan buat kumpulan,” katanya selepas sesi lawatan tersebut di sini.

Sunrise merupakan anak syarikat Four Seas Group, iaitu syarikat makanan terbesar yang terlibat dalam pembekalan bahan mentah makanan, penghasilan dan jualan makanan serta operasi rantaian restoran.

Seng Hoi pula terlibat dalam perdagangan minyak dan gas.

Pengarah L&S Gloves, Teo Xiong Sheng berkata, sekiranya pesanan dari Hong Kong dimuktamadkan sebelum Mac ini, penghantaran pertama sarung tangan dijangka dapat dibuat pada Julai.

“Bagi membangunkan 20 barisan pengeluaran baharu, kami perlu mencari tapak kilang baharu di sekitar kawasan ini.

“Cadangan berkenaan di­jangka memerlukan kos sekitar RM200 juta, termasuk kos tapak, kilang baharu dan mesin,” ­kata­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI