fbpx

CHGP mahu lancar projek bernilai RM3.73 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Chin Hin Group Property Bhd. (CHGP) menyasarkan untuk menjana nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM3.73 bilion bagi projek baharu dan yang sedang dibangunkannya dalam tempoh dua tahun akan datang.

Ia antara lain melibatkan pelaburan kira-kira RM268 juta bagi pemilikan 33.1 hektar tanah untuk pembangunan lima projek hartanah di Lembah Klang.

Projek yang dicadangkan adalah bandar baharu, pangsapuri perkhidmatan, pembangunan bercampur serta pejabat.

Pengarah Eksekutifnya, Chiau Haw Choon berkata, pihaknya mahu mengembangkan portfolio pembinaan kepada beberapa koridor yang sedang meningkat maju di Lembah Klang seperti di Serendah, Bandar Kinrara, Bangsar South, dan Cyberjaya.

“Dengan kehadiran vaksin Covid-19 memberi prospek lebih baik tahun ini, terdapat keyakinan bahawa sektor hartanah akan kembali pulih tidak lama lagi ditambah faktor penurunan kadar faedah dan insentif pemilikan rumah yang memberi kelegaan dan peluang baharu kepada industri.

“Sebagai pemaju, ini merupakan masa terbaik untuk me­rebut peluang dengan tawaran
harga tanah yang menarik dan menambah bank tanah di lokasi strategik

“Kami menyasarkan untuk melancarkan projek hartanah tersebut dalam tempoh satu atau dua tahun akan datang de­ngan jangkaan bahawa pasaran hartanah akan kembali pulih,” katanya.

CHGP kini memiliki dua projek sedia ada iaitu projek pangsapuri perkhidmatan di Petaling Jaya dengan GDV RM332 juta, Aera Residence dan projek pemba­ngunan dua menara pelbagai guna melibatkan GDV RM470 juta, 8th & Stellar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI