fbpx

Bank Islam perkenal MOB untuk beri kemudahan kepada pelanggan runcit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam) muncul sebagai bank pertama di Malaysia menggunakan saluran pendaftaran mudah alih (mobile onbording-MOB) kepada para pelanggan runcitnya.

Melalui MOB, pelanggan akan dapat membuka akaun lengkap termasuk pengeluaran kad debit serta-merta melalui temu janji.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed, perkhidmatan perbankan depan pintu
(door-step banking) baharu me­lalui MOB akan mempercepat lagi proses pembukaan akaun sedia ada dan membolehkan pengeluaran nombor akaun dan kad debit dibuat dengan serta-merta.

“Perkhidmatan baharu ini tidak lagi memerlukan pelanggan hadir ke cawangan yang terdekat bagi proses pengesahan berbanding kaedah terdahulu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Mohd. Muazzam menjelaskan, Bank Islam akan menggunakan peranti tablet dengan perisian khusus yang membolehkan
pembukaan beberapa jenis produk Akaun Semasa, Akaun Simpanan (CASA) dan Akaun Pelaburan seperti Al-Awfar dan iGain.

Ini bertujuan untuk memberi kemudahan dan fleksibiliti kepada pelanggan di samping memberikan pengalaman perbankan yang selamat dan cekap dengan mengambil kira situasi pandemik dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada masa ini.

“Perkhidmatan perbankan depan pintu ini mudah dan menyenangkan pelanggan.

“Ia selamat dan menyenangkan apabila transaksi perbankan dilakukan dengan keberadaan kakitangan kami mengikut ruang dan waktu kelapangan pelanggan.

“Sebagai sebuah bank yang menekankan inovasi dan ke­selesaan, kami berhasrat untuk meningkatkan pengalaman pe­langgan dan memastikan produk serta perkhidmatan Bank Islam seiring dengan trend dan keperluan semasa,” jelasnya.

Tambah Mohd. Muazzam, pengenalan MOB adalah bertepatan dengan keadaan semasa bagi memenuhi keperluan pihaknya untuk beralih kepada perkhidmatan perbankan inovatif yang cekap dan menjamin keselamatan orang ramai.”

Sebelum ini, Bank Islam telah memperkenalkan platform Pembukaan Akaun Maya (VAO), yang mana pelanggan boleh mengisi maklumat mereka secara online tetapi memerlukan proses pengesahan diselesaikan di cawangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI