fbpx

Terengganu benar solat berjemaah, solat Jumaat ikut kapasiti masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Terengganu kembali membenarkan pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardu berjemaah di seluruh negeri ini pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang telah dilanjutkan sehingga 18 Februari depan.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Osman Muda berkata, pembukaan masjid dan surau di negeri ini untuk tujuan ibadat solat tersebut telah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

“Solat fardu berjemaah dan solat Jumaat dibenarkan mengikut kapasiti setiap masjid dan surau terbabit.

“Pelaksanaannya perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan seperti jemaah perlu membawa sejadah sendiri dan memakai pelitup separuh muka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Osman berkata, jawatankuasa masjid dan surau terlibat perlu memastikan pendingin hawa tidak dipasang sewaktu solat.

Beliau berkata, ruang solat dan sekitar termasuk tandas dan ruang wuduk juga perlu disanitasi sebanyak tiga kali seminggu.

“Begitupun, sebarang aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan lain seperti kuliah harian masih tidak dibenarkan.

“Pengurusan masjid dan surau terlibat bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengawasi pematuhan SOP ditetapkan. Tindakan menutup (masjid dan surau) boleh diambil jika ia gagal dipatuhi,” katanya. – K!. ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN