fbpx

Pasaran buruh Malaysia kekal mencabar tahun ini 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menjangkakan pasaran buruh Malaysia akan kekal berada dalam situasi yang mencabar pada awal tahun ini.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, bantuan dan inisiatif yang diperkenalkan kerajaan bagaimanapun dijangka dapat membantu mengurangkan impak pandemik terhadap pasaran buruh.

Beliau berkata, berdasarkan kedudukan keseluruhan Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (KPTB) pada tahun lalu, bilangan penduduk bekerja menurun kepada 0.2 peratus kepada 15.1 juta orang.

“Penurunan kecil ini disebabkan oleh ketidaktentuan dalam pasaran buruh susulan krisis kesihatan dan ekonomi.

“Susulan itu, bilangan penganggur mencatatkan pertambahan melebihi 200,000 orang. Krisis kesihatan telah memberi impak yang besar kepada tenaga buruh dan menyebabkan kadar pengangguran mencecah lebih empat peratus berbanding kadar purata tiga peratus dalam tempoh prakrisis,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan akhbar mengenai Statistik Tenaga Buruh, Malaysia, Disember dan Suku Tahun Keempat 2020 yang diterbitkan hari ini.

Mohd. Uzir berkata, kadar pengangguran bagi tahun lalu meningkat kepada 4.5 peratus iaitu kadar tertinggi direkodkan negara sejak 1993 yang merekodkan 4.1 peratus. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI