fbpx
Bom lama seberat 36kg yang dimusnahkan Unit Pemusnah Bom IPK Johor di Ladang Inas Selatan, Kulai, Johor hari ini.

Bom Perang Dunia Kedua ditemui dalam ladang kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Sebuah bom lama jenis ‘Aerial Bomb’ atau Unexploded Ordnance (UXO) yang ditemui di Ladang Inas Selatan, Kulai, berjaya dimusnahkan Unit Pemusnah Bom (UPB) Kontinjen Johor dan UPB Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai, hari ini.

Polis Johor dalam satu kenyataan memaklumkan, bom seberat 36 kilogram (kg) itu dimusnahkan pada pukul 2.07 petang, hari ini.

Jelasnya, bom tersebut dijumpai semasa kerja-kerja membersihkan ladang kelapa sawit oleh kontraktor FGV Inas Selatan sedang dilakukan dan dipercayai dilancarkan sewaktu perang dunia kedua diantara Disember 1942 hingga Ogos 1945.

“Tindakan pemusnahan In Situation telah dijalankan dengan menggunakan teknik ‘High Order’ melalui kaedah elektrik.

“Pemusnahan telah dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda,” menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, Polis Johor menyeru orang ramai agar melaporkan segera ke balai polis berdekatan sekiranya terjumpa apa-apa objek yang mencurigakan atau menyerupai bom.

“Diingatkan juga agar objek berkenaan tidak diusik, dialih atau digerakkan bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN