fbpx

Barty ungguli aksi di Yarra Valley

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARTY merangkul kejuaraan di Yarra Valley sekali gus menjadi tonik terbaik buatnya beraksi di Terbuka Australia. – AFP

MELBOURNE – Pemain ran­king No.1 dunia, Ash Barty memulakan musim 2021 dengan langkah kanan selepas muncul juara Kejohanan Klasik Yarra Valley dengan menumbangkan bintang tenis Sepanyol, Garbine Muguruza 7-6, 6-4 semalam.

Lebih manis kemenangan tersebut adalah yang pertama buat bintang berusia 24 tahun dari Australia itu dalam tempoh hampir setahun selepas tidak menyertai sebarang kejohanan musim lalu ekoran bimbang dengan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat.

Meskipun tidak beraksi pada perlawanan kompetitif, namun Barty dilihat mampu mempamerkan aksi cukup membanggakan apabila mudah mengatasi Muguruza dengan kemenangan straight-set dan ia merupakan persediaan terbaik untuk meraih gelaran Grand Slam di Terbuka Australia ­nanti.

“Saya gembira meraih kemenangan di sini. Sudah pasti saya tidak sabar untuk turun beraksi pada Terbuka Australia minggu ini,” katanya sejurus tamat perlawanan.

Barty sepatutnya berdepan Serena Williams pada aksi separuh akhir, namun bintang Amerika Syarikat (AS) itu membuat keputusan menarik diri selepas mengalami kecede­raan.

Kemenangan itu pasti me­nyuntik semangat Barty untuk meraih kemenangan di laman sendiri di Terbuka Australia sejak Chris O’Neil melakukannya pada tahun 1978.

Meskipun tewas, Muguruza mengakui sangat gembira ke­rana kembali beraksi di pentas final dengan kehadiran penonton selepas dilarang sebelum ini berikutan Covid-19.

“Kami sangat beruntung dan bersyukur kerana dapat bermain di hadapan penonton semula. Saya gembira kerana me­langkah ke final dan persiapan terbaik untuk turun di Terbuka Australia nanti,” ujar Muguruza. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI