fbpx

Fokus kutip mata ke Olimpik Tokyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIU YING (kanan) dan Peng Soon akan menyertai saingan Terbuka Switzerland bulan depan dalam misi mencari mata untuk layak ke Olimpik Tokyo nanti.

PEMAIN-pemain badminton negara tidak boleh lagi leka dan perlu memberi tumpuan penuh menjelang Mac depan apabila kutipan mata ke Sukan Olimpik Tokyo mula dikira.

Pemain beregu campuran profesional negara, Goh Liu Ying tanpa berselindung mengakui setiap kejohanan bermula Mac depan sangat penting dalam usaha mereka melayakkan diri ke temasya sukan terbesar dunia itu.

Kejohanan paling awal yang menawarkan mata ke Sukan Olim­pik adalah pada saingan Jelajah Dunia Super 300 Terbuka Switzerland yang dijadualkan bermula 2 hingga 7 Mac.

Justeru, Liu Ying berharap dia dan gandingannya, Chan Peng Soon boleh menampilkan aksi lebih baik biarpun bimbang dengan wabak Covid-19 yang sedang melanda Eropah.

“Saya dan Peng Soon akan menyertai Terbuka Switzerland nanti dan fokus utama kami adalah untuk mengutip lebih banyak mata bagi mencerahkan peluang ke Sukan Olimpik.

“Bagi saya, bermula Mac depan, setiap kejohanan sa­ngat penting kepada semua pemain. Jika tidak, kami pun enggan ambil risiko ke sana ke­rana ­Covid-19 di Eropah lebih se­rius,” katanya ketika dihubungi ­Kosmo! semalam.

Pada masa sama, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu juga percaya mereka mampu untuk kembali ke ­prestasi terbaik memandangkan masih ada lebih kurang tiga minggu bagi melakukan persiapan.

“Saya fikir dengan tempoh masa yang ada sebelum ke Switzerland, kami mampu untuk dapatkan balik prestasi lama. Sekarang pun kita memang be­kerja keras untuk baiki segala kelemahan yang ada,” ujarnya lagi.

Pada dua kejohanan Terbuka Thailand di Bangkok bulan lalu, beregu No.7 dunia itu menampilkan aksi memberangsangkan apabila melangkah ke peringkat suku akhir dalam kedua-dua kejohanan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI