fbpx

Akad nikah dibenarkan di masjid di tiga Wilayah Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini menetapkan majlis akad nikah dibenarkan diadakan di semua masjid di Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan berkuat kuasa esok.

Pada masa sama, majlis akad nikah juga turut dibenarkan di pejabat Jawi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Perkara itu dikongsi menerusi Garis Panduan Pelaksanaan Majlis Akad Nikah Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Wilayah-wilayah Persekutuan yang dikemas kini hari ini.

Mengikut garis panduan terbaharu itu, Jawi turut menetapkan kehadiran ke majlis akad nikah di masjid-masjid dalam Wilayah-wilayah Persekutuan hanya dibenarkan seramai lima orang iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali dan dua orang wakil daripada kedua-dua pihak pengantin.

Manakala, jurunikah dan dua orang saksi adalah dari pihak masjid dan hanya seorang jurufoto dibenarkan.

Antara syarat-syarat umum ditetapkan adalah pelaksanaan majlis akad nikah dalam tempoh PKP dibenarkan kepada pasangan yang mendapat kebenaran berkahwin daripada Jawi.

Selain itu, majlis akad nikah juga diperluaskan kepada pemohon luar Wilayah Persekutuan yang telah mendapat kebenaran Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.

Dalam pada itu juga, pasangan dari negeri lain yang telah mendapat kebenaran nikah Jawi dan ditangguhkan sebelum ini juga boleh menjalankan akad nikah. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI