fbpx

3,731 kes, 15 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jumlah kes harian Covid-19 hari ini.

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,731 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 242,452 kes.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi ciapan Twitter memaklumkan, daripada jumlah tersebut, lapan kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 3,723 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 51,241 kes.

“Sebanyak 15 kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia mencatatkan 872 kes.

“Terdapat 3,369 kes sembuh hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 190,339 kes,” menurut ciapan tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, terdapat 292 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 140 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI