fbpx

Pesta liar dalam dua bilik hotel, 11 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Polis menyerbu sebuah hotel di Machang Bubok, Bukit Mertajam di sini selepas beberapa individu didapati mengadakan parti liar di dalam dua bilik awal pagi tadi.

Dalam operasi sekitar pukul 2.20 pagi hingga 2.45 pagi itu, seramai 11 individu terdiri dua kumpulan berusia di antara 20-an hingga 40-an ditahan oleh polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) bagi siasatan lanjut.

Enam daripada mereka didapati positif dadah hasil ujian saringan awal air kencing.

Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, semasa serbuan pertama, pihaknya mendapati enam individu termasuk seorang wanita yang positif dadah berada di dalam sebuah bilik disyaki sedang berpesta.

“Pemeriksaan lanjut menemui satu paket plastik lutsinar berisi serbuk putih dipercayai dadah jenis ketamin seberat 2.07 gram (g) dan sebiji pil disyaki ekstasi seberat 0.62 g.

“Serbuan di bilik kedua, enam individu termasuk dua wanita didapati sedang mengadakan parti liar dan lima daripada mereka positif dadah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kesemua individu terbabit seterusnya ditahan untuk siasatan lanjut.

“Polis turut mengeluarkan kompaun ke atas kesemua mereka kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(3) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI