fbpx

Padah tiga lelaki tunggang motosikal secara bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian motosikal yang dirampas pihak polis dalam Ops Samseng Jalanan dan Motosikal di Pengkalan Chepa semalam.

KOTA BHARU – Polis menahan tiga lelaki selepas mereka melakukan aksi merbahaya dalam Ops Samseng Jalanan dan Motosikal malam tadi.

Tiga lelaki terbabit yang masing-masing bekerja sebagai buruh berusia 18,19 dan 22 tahun ditahan di kawasan berasingan di sekitar Pengkalan Chepa di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, ketiga-tiga lelaki terbabit didapati menunggang motosikal dengan aksi mengangkat tayar hadapan dan mencelah kenderaan lain.

Katanya, mereka melakukan perbuatan itu di lampu isyarat dekat Panchor menghala ke Padang Tembak di sini kira-kira pukul 8.30 hingga 9.30 malam.

“Hasil ujian saringan air kencing terhadap ketiga-tiga lelaki itu mendapati dua daripadanya positif dadah.

“Dalam operasi itu, seramai dua pegawai dan 11 anggota Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu terlibat untuk membanteras lumba haram serta menunggang motosikal secara merbahaya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Abdul Rahim, polis turut mengeluarkan sebanyak 52 saman terhadap pemilik motosikal kerana pelbagai kesalahan.

Katanya, antara kesalahan yang dikenal pasti adalah melibatkan lesen, nombor pendaftaran, cukai jalan tamat tempoh, ubahsuai ekzos, aksesori, cermin sisi, ubahsuai pembuatan kenderaan, tidak patuh isyarat lalu lintas dan topi keledar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI