fbpx

Tindakan tegas terhadap polis yang tular tidak memakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang tular di laman sosial semalam memaparkan beberapa anggota polis tidak mengenakan pelitup muka di Kompleks Muhibbah Taman Nirwana, Ampang.

PETALING JAYA – Polis Selangor akan mengambil tindakan tegas terhadap beberapa anggota polis yang tidak mengenakan pelitup muka ketika membeli makanan di Kompleks Muhibbah Taman Nirwana, Ampang seperti tular dalam media sosial semalam.

Terdahulu tular gambar beberapa anggota polis tidak memakai pelitup muka sambil membimbit makanan di kompleks berkenaan di Facebook Politik Malaysia Terkini yang telah dimuat naik pemilik bernama Zarra Zarina Jaffar.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan secara telus akan dijalankan mengikut peruntukan undang-undang.

“Kita tidak akan berkompromi atau melindungi sebarang salah laku melibatkan mana-mana pegawai dan anggota polis khususnya dalam Kontinjen Selangor.

“Kesemua yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan) 2021 serta tindakan siasatan tatatertib,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menyalurkan maklumat berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI