fbpx

Rumah papan musnah dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran sebuah rumah di Bukit Awi hari ini.

KULIM – Sebuah rumah kampung musnah 90 peratus dalam kebakaran di Bukit Awi berhadapan sebuah masjid di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.35 petang itu, pemilik rumah dikenali dengan nama Leela, 77, dikatakan tiada di rumah kerana tinggal bersama anaknya di Taman Meranti di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim, Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azuan Hamdan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 3.41 petang tadi.

Katanya, dua buah jentera dari BBP Kulim serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama tujuh anggota bergegas ke tempat kejadian.

“Kita turut dibantu sebuah jentera dari BBP Kulim Hi Tech bersama 13 anggota serta 25 anggota dari Pasukan Bomba Sukarela dari Kulim dan Pulau Pinang,” katanya di sini hari ini.

Menurut Hamizul, kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis papan kelas B yang melibatkan kemusnahan 90 peratus dan kejadian itu tidak melibatkan mangsa.

“Api berjaya dikawal kira-kira lima minit kemudian dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.55 petang,” katanya.

Tambahnya, punca dan kerugian sebenar akibat kebakaran itu masih dalam siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI