fbpx

BNM tambah bantuan TRRF RM2 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM2 bilion untuk Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF), menjadikan jumlah peruntukan keseluruhan bagi kemudahan tersebut kini sebanyak RM4 bilion.

BNM menerusi siaran akhbar yang dikeluarkan di sini berkata, kemudahan TRRF disediakan sehingga 31 Disember 2021, atau selepas peruntukan gigunakan sepenuhnya.

“Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang juga merupakan penerima Kemudahan Bantuan Khas dan Pembiayaan PKS Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) kini boleh memohon TRRF, tertakluk pada had pembiayaan tidak melebihi RM500,000.

“Bagi PKS dalam sub sektor perkhidmatan pelancongan dan berkaitan pelancongan, bantuan terus disediakan di bawah Kemudahan Pelancongan Penjana,” katanya.

Dalam pada itu, BNM turut memaklumkan penubuhan Kemudahan Bantuan Bencana (DRF) 2021 dengan peruntukan sebanyak RM200 juta bagi mengurangkan beban kewangan dan membantu memulihkan operasi perniagaan PKS yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Jelasnya, DRF 2021 bertujuan membantu PKS menampung kos baik pulih dan menggantikan aset untuk kegunaan perniagaan yang mengalami kerosakan.

“Dana ini ditawarkan kepada PKS Malaysia termasuk perusahaan mikro dengan jumlah pembiayaan maksimum sehingga RM500,000 bagi setiap PKS dan sehingga RM75,000 bagi setiap perusahaan mikro.

“Tempoh pembiayaan adalah sehingga 5 tahun, termasuk moratorium selama 6 bulan bagi bayaran pokok dan faedah dengan kadar pembiayaan sehingga 3.5 peratus setahun termasuk fi jaminan.

“Kemudahan ini disediakan sehingga 31 Julai 2021 atau setelah peruntukan digunakan sepenuhnya, mana-mana yang lebih awal,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI