fbpx

16,018 permit kebenaran bergerak di daerah SPU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noorzainy memeriksa kenderaan yang melalui Plaza Tol Bertam di Kepala Batas hari ini. Foto: MOHAMMAD FIRDAUS AMRAN

SEBERANG PERAI – Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) mengeluarkan sebanyak 16,018 permit kebenaran untuk orang awam di daerah itu melakukan pergerakan.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, permit itu dikeluarkan pihaknya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Beliau berkata, bagaimanapun pihaknya mengesan masih ada orang ramai yang melakukan kesalahan pergerakan apabila mengarahkan 656 kenderaan berpatah balik.

“Dalam tempoh PKP 2.0 fasa pertama, sebanyak 352 kompaun dikeluarkan termasuk 60 kompaun di sekatan jalan raya (SJR) serta 228 kompaun oleh pasukan task force.

“Sebanyak 64 kompaun dikeluarkan kepada warga asing dan ada di antara mereka cuba merentas negeri dan daerah dengan laluan tikus,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan pemantauan di SJR Plaza Tol Bertam, Kepala Batas di sini.

Sementara itu, beliau berkata, selepas kerajaan mengumumkan pelanjutan tempoh PKP dengan penguatkuasaan lebih ketat, pihaknya menambah keanggotaan pasukan task force kepada lebih 100 peratus.

“Sebelum ini sebanyak 12 pasukan task force ditubuhkan dan bagi memastikan masyarakat terus mematuhi SOP, pasukan task force ditambah menjadi 28 pasukan bermula hari ini.

“Kita harap dengan penguatkuasaan ketat ini akan melandaikan kes Covid-19 khususnya di daerah SPU,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI