fbpx
Siva Sangker ketika dibawa ke Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada Februari 2021

Bekas pemandu bas kilang bunuh kekasih ke tali gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU -Seorang bekas pemandu bas kilang dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh teman wanitanya, lima tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Dr. Shahnaz Sulaiman membuat keputusan itu ke atas tertuduh, M. Siva Sangker, 37, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Dr. Shahnaz dalam penghakimannya berkata hujah pihak pembelaan yang mengatakan tertuduh tidak berada di tempat kejadian adalah bersifat penafian semata-mata.

“Siva menafikan berada di tempat kejadian pembunuhan dan mengatakan berada di Masai. Beliau juga menafikan mempunyai motif untuk bunuh si mati kerana beliau dan si mati adalah kawan baik.

“Tiada saksi yg melihat Siva berada di Masai seperti dakwaannya. Pembelaan ini juga tidak ditimbulkan semasa kes pendakwaan. Oleh itu, pembelaan hanyalah penafian semata-mata dan bersifat ‘afterthought'”.

“Keterangan isteri dan pakcik tertuduh juga tidak menyokong keterangan yang dikemukana. Kedua-dua saksi ini tidak dapat mengesahkan keberadaan tertuduh semasa kejadian pembunuhan berlaku,”katanya.

Sejurus keputusan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Tamil, tertuduh kelihatan tenang.

Terdahulu, Siva Sangker didakwa membunuh V. Durga Devi, 23, di Jalam Kancil 1, Taman Scientex, Pasir Gudang di sini, pukul 12.15 tengah hari, 21 November 2016.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd. Ghazali dan Suriani Ujang.

Manakala tertuduh diwakili peguam bela, G.K Sritharan.

Seramai 23 saksi pendakwaan dan 3 saksi pembelaan dikemukakan sepanjang perbicaraan berlangsung bermula Disember 2016.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN