fbpx

Tiga sekeluarga maut, kereta rempuh pokok getah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta jenis Perodua Bezza yang dipandu Mohd. Hafeez selepas merempuh pokok getah di Jalan Sungai Sam-Dabong dekat Kuala Gris, Kuala Krai hari ini

KUALA KRAI – Tiga sekeluarga maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh pokok getah di Jalan Sungai Sam-Dabong dekat Kuala Gris di sini hari ini.

Dalam nahas pada pukul 9.30 pagi itu, pasangan suami isteri, Mohd. Hafeez Ibrahim@Yusoff, 32, Surina Mohd. Othman, 36 dan kakak lelaki itu, Rahimah Ibrahim@Yusoff, 51 disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah pada anggota badan.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, siasatan awal mendapati, tiga sekeluarga itu sedang dalam perjalanan dari Kampung Cabang Gemas ke Dabong di sini.

Menurutnya, sewaktu tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Perodua Bezza yang dipandu Mohd. Hafeez dipercayai terbabas sewaktu melalui laluan selekoh.

“Kemalangan itu menyebabkan kereta berkenaan masuk ke kawasan kebun getah sebelum merempuh pokok getah di situ.

“Surina yang duduk di bahagian penumpang depan manakala Rahimah di bahagian penumpang belakang disahkan maut di lokasi kejadian. Manakala, Mohd. Hafeez pula disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Dabong di sini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI