fbpx

Suu Kyi direman 14 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 22 September 2016 menunjukkan Suu Kyi berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York. - AFP

YANGON – Sebuah mahkamah Myanmar mendakwa pemimpin yang digulingkan, Aung San Suu Kyi kerana melanggar undang-undang import dan eksport, kata seorang jurucakap parti pimpinannya, parti Liga Nasional untuk Demokrasi (NLD) hari ini.

Tuduhan itu dikenakan beberapa hari selepas tentera melakukan kudeta dan menahan Suu Kyi serta Presiden Myanmar, Win Myint. Kuasa pemerintahan kini berpindah  kepada komander tentera, Jeneral Min Aung Hlaing.

Sejak rampasan kuasa pada Isnin lalu, ahli-ahli NLD tidak dapat menghubungi Suu Kyi namun, pegawai akhbar NLD, Kyi Toe berkata semalam bahawa seorang jiran melihat Suu Kyi di kediamannya di Naypyidaw di mana beliau dipercayai dikenakan tahanan dalam rumah.

Semalam Kyi Toe berkata, NLD menerima ‘maklumat boleh dipercayai’ bahawa sebuah mahkamah di Naypyidaw mereman Suu Kyi dan Win Myint selama 14 hari.

“Mahkamah Dakhinathiri mengeluarkan reman 14 hari dari 1 Februari hingga 15 Februari ini terhadap Suu Kyi di bawah pertuduhan melanggar undang-undang import dan eksport,” katanya di akaun rasmi Facebooknya.

Menurutnya, Win Myint turut dituduh melanggar undang-undang Pengurusan Bencana Nasional. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI