fbpx

Rasuah RM3 juta, Isa Samad bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isa hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan atas sembilan pertuduhan menerima rasuah melebihi RM3 juta, tujuh tahun lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Bekas bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Samad didapati bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) oleh FELDA Investment Corporation Sdn. Bhd. (FICSB) tujuh tahun lalu.

Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

“Didapati pihak pembelaan telah gagal mematahkan anggapan akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), diatas imbangan kebarangkalian bahawa penerimaan-penerimaan wang tersebut seperti dalam pertuduhan adalah dilakukan secara rasuah membantu meluluskan pembelian Merdeka Palace Hotel di Kuching, Sarawak bernilai RM160 juta.

“Pembelaan tertuduh bersifat pemikiran terkemudian, tidak konsisten dan hanyalah penafian,” kata Mohd. Nazlan.

Pada 16 Jun lalu, Mohd. Isa diperintah membela diri terhadap sembilan pertuduhan rasuah setelah pendakwaan berjaya membuktikan setiap unsur penting kesalahan menerima rasuah di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Mohd. Isa, 71, berdepan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3,090,000 daripada Ahli Lembaga Gegasan Abadi Properties Sdn. Bhd. Ikhwan Zaidel menerusi Muhammad Zahid Md Arip, bekas pegawai khas politik Mohd. Isa, sebagai tanda terima kasih bagi membantu meluluskan pembelian hotel oleh FICSB pada RM160 juta.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC di sini antara 21 Julai 2014 hingga 11 Disember 2015.

Setiap pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI