fbpx

PM adakan lawatan rasmi ke Indonesia esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan lawatan rasmi ke Indonesia pada hari esok dan Rabu sebagai memenuhi jemputan khas republik itu.

Muhyiddin akan diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta jumlah delegasi yang kecil untuk meminimumkan risiko jangkitan Covid-19.

Kementerian Luar (KLN) dalam satu kenyataan berkata, lawatan itu merupakan lawatan rasmi pertama Perdana Menteri sejak beliau dilantik pada Mac tahun lalu.

Katanya, pertemuan empat mata kedua-dua pemimpin tertinggi itu antara lain bagi membincangkan secara bersemuka beberapa penting melibatkan isu kerjasama ekonomi, keselamatan serantau dan dua hala serta usaha menangani secara bersama pandemik Covid-19.

“Perdana Menteri mendapat jemputan khas untuk mengadakan lawatan rasmi daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo selepas beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pada Mac lalu.

“Atas dasar menghormati Indonesia sebagai rakan negara serumpun yang telah menjalin persahabatan akrab selama berpuluh tahun, Malaysia memenuhi jemputan ini,” katanya di sini hari ini.

KLN berkata, lawatan rasmi itu diadakan secara singkat iaitu kurang dari 24 jam atas permintaan Perdana Menteri sendiri dan ia diterima baik oleh Kerajaan Indonesia.

Katanya, program lawatan rasmi itu juga diringkaskan di mana Hishammuddin bersama beberapa orang pegawai kanan Kementerian Luar terlebih dahulu akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi sebelum lawatan rasmi Perdana Menteri bermula. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI