fbpx

Saya tiada niat hina negara sendiri, jangan salah faham – Raja Ilya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Ilya

PETALING JAYA – Pelakon Raja Ilya memohon maaf jika gurauannya  tentang perbezaan antara majlis perkahwinan di Perth, Australia berbanding di Malaysia ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menimbulkan salah faham dan mengguris hati msyarakat Malaysia.

Menerusi satu hantaran video, Raja Ilya menegaskan, dia tidak berniat untuk membuat perbandingan sehingga menjatuhkan maruah sesiapa.

“Terkejut bila hantaran semalam tular. Ada ke patut orang kata kita hina Malaysia? Buang tebiat ke apa? Nak mampus kena tembak masuk Malaysia ke apa?

“Aduh! Pening baca sampai ada media kata kita bandingkan wedding (majlis perkahwinan). Ya Allah sampai ke situ pula. Ada ke manusia yang nak korek kubur sendiri? Hantaran itu secara terangan kata ‘gambar hiasan’.

“Bukan gambar di Perth atau gambar di Malaysia (yang terkini). Itu mungkin gambar tahun 1990-an,” kata pelakon filem Papadom itu.

Katanya lagi, dia sekadar ingin memberi gambaran bahawa penduduk di Perth sangat paranoid dengan situasi Covid-19, sementara masyarakat di Malaysia masih lagi tenang berdepan dengan pandemik tersebut.

Dalam pada itu, Raja Ilya turut menjawab komen seorang netizen apabila menuduhnya mengikut cara hidup masyarakat Barat daripada segi pakaian dan pergaulan.

“Tak semestinya saya tidak berhijab, saya ini syaitan tidak ada hati perut. Janganlah begitu. Saling bermaaf-maafan. Lain kali jangan melampau-lampau.

“Maaf kalau kapsyen tak berapa nak kena dengan gambar semalam,” katanya.

Terdahulu, Raja Ilya telah mengundang komen sinis netizen selepas memuat naik foto perbandingan majlis perkahwinan di Australia dengan Malaysia.

“Perkahwinan ketika PKP di Perth vs perkahwinan ketika PKP di Malaysia,” tulis Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad.

Hantaran tersebut mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen apabila menganggap Raja Ilya tidak sepatutnya membuat perbandingan sebegitu.

“Mana ada Malaysia punya majlis kahwin waktu PKP macam tu? Malaysia bukan negara awak ke? Buruk baik Malaysia tetap negara kami.

“Janganlah nak menghina sangat rakyat Malaysia okey,” tegur seorang netizen. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI