fbpx

Polis buka kertas siasatan kes ‘Agama Melayu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah bercakap pada sidang akhbar mengenai isu penolakan permohonan Parti Pejuang dan MUDA di Putrajaya di sini, hari ini. FOTO : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang dikatakan membawa ajaran sesat ‘Agama Melayu’ yang bercanggah dengan Islam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, beliau telah berbincang mengenai perkara itu dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Uzir Mohamed, pagi tadi.

“Polis akan membuat siasatan lanjut dan akan bincang dengan Peguam Negara jika ada kesalahan dilakukan,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Kosmo! 29 Januari lalu melaporkan orang ramai dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan ajaran baharu dikenali sebagai ‘Agama Melayu’ yang didakwa sebagai sesat lagi menyesatkan.

Agama Melayu itu dikatakan menggunakan lafaz syahadah yang pelik (ila ha ila ra ila ma) dan disambung dengan pengakuan ‘Aku Melayu’ sebanyak tujuh kali. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI