fbpx

PKP disambung hingga 18 Februari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung kepada tempoh dua minggu lagi iaitu bermula 5 Februari ini hingga 18 Feruari 2021 di seluruh negara.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setelah perbincangan dilakukan oleh pihak kerajaan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah bersetuju untuk melanjutkan lagi tempoh PKP ini.

“Melihat kepada peningkatan harian mengenai jangkitan Covid-19 ini, PKP akan disambung daripada 5 Februari sehingga 18 Feruari ini di seluruh negara kecuali Sarawak, namun beberapa kawasan yang diisytihar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Sarawak masih kekal.

“Namun PKP kali ini tidak seperti PKP pertama yang kita jalankan sebelum ini. Sektor ekonomi terutamanya perniagaan mikro terus dibenarkan,” jelasnya dalam sidang akhbar khas sebentar tadi. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI