fbpx

Nationwide Express susun strategi kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Strategi ­penyusunan semula kedudukan kewangan Nationwide Express Courier Services Bhd. (Nationwide Express) kini telah menunjukkan hasil yang baik.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Mohamed Den Wan Moha­med Zain berkata, ini dapat dilihat daripada keputusan kewa­ngan syarikat yang mana kerugian syarikat menurun kepada RM1 juta sebulan berban­ding kerugian sebanyak RM2 juta sebulan bagi tahun ke­wangan sebelumnya.

“Selain daripada penjualan tanah pada harga RM19.4 juta, antara inisiatif lain yang dilakukannya adalah melalui strategi transformasi untuk meningkatkan penjualan perniagaan ke pelanggan (B2C) serta beberapa strategi pengoptimuman dan pengurangan kos,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan sempena pelancaran sistem teknologi maklumat (IT) terkini dan beg kurier baharu di sini semalam.

Wan Den menjelaskan, sejak menerajui syarikat tersebut setahun lalu, salah satu tugas besar yang dipertanggungjawabkan kepadanya adalah untuk memperbaiki kewangan syarikat, sekali gus membawa keluar syarikat daripada kepompong PN17.

“Dengan peralihan keperluan perniagaan dan untuk terus berdaya saing, saya berpendapat bahawa ini adalah masa yang tepat untuk meneroka jalan lain bagi me­ningkatkan perolehan syarikat untuk tempoh jangka panjang,” jelasnya.

Selain itu, bagi merealisasikan misi berkenaan, syarikat mengembangkan perniagaan e-dagang dengan pengenalan sistem terkini dan beg kurier baharu seiring dengan peningkatan permintaan untuk konsainmen kecil.

Wan Mohamed Den menjelaskan, sistem IT yang dibangunkan secara dalaman antara lain menyediakan aplikasi kurier yang di­tingkatkan dengan platform B2C bagi membolehkan pelanggan melakukan kemas kini penjeja­kkan secara langsung.

Menurutnya, ia juga akan membantu syarikat untuk membuat analisa terperinci untuk meningkatkan lagi perkhidmatan sedia ada.

“Syarikat juga telah mereka bentuk semula beg kurier untuk digunakan oleh lebih 350 kurier motosikalnya bagi membolehkan penghantaran konsainmen yang lebih banyak sambil memastikan kaedah penghantaran yang lebih efektif dan selamat kepada pe­langgan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI