fbpx

[VIDEO] “Jangan salahkan pemandu Avanza”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video pemandu Grab Food yang dilanggar sebuah kereta Avanza yang tular semalam.

PETALING JAYA- “Saya terlibat dalam kemalangan itu, bukan salah pemandu”.

Demikian kata-kata seorang individu yang mendakwa terbabit dalam kemalangan melibatkan seorang penghantar Grab Food dan sebuah kereta Avanza di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Katanya, kejadian kemalangan itu disebabkan masalah tayar kereta berkenaan dan bukannya salah pemandu sendiri.

“Saya yang terlibat dalam kemalangan itu, bukan salah pemandu. Cuma nak bagi tahu sebelum keluar rumah periksa tayar sebab macam-macam benda boleh jadi.

“Kawan saya tidak bawa laju pun, biasa sahaja macam kenderaan lain, tolong jangan salahkan dia,” katanya menerusi ciapan di laman Twitter tadi.

Semalam, tular sebuah video di laman media sosial menunjukkan seorang penghantar Grab Food dirempuh kereta Avanza sebelum dia bergolek di atas jalan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI