fbpx

Isteri ahli politik didakwa edar, tanam kanabis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isteri kepada seorang ahli politik, Lyiana Roslee didakwa atas tiga pertuduhan mengedar dan menanam pokok dadah jenis kanabis di sebuah rumah bulan lalu di Mahkamah Majistret Ampang di sini, hari ini.

AMPANG – Isteri kepada seorang ahli politik didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan mengedar dan menanam pokok dadah jenis kanabis di sebuah rumah bulan lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Lyiana Roslee, 34, selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhdapnya di hadapan Majistret Farah Nasihah Anuar kerana kes itu dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Lyiana  bersama dengan seorang lagi yang masih belum dituduh, didakwa telah mengedar dadah berbahaya jenis kanabis anggaran berat 1580.4 gram dan mengedar cecair berbahaya jenis dadah sama berisipadu 7,870 milliliter (ML).

Kesalahan itu didakwa di lakukan di sebuah rumah di Duta Suria Residensi, Ampang di sini pukul 7.30 malam pada 20 Januari lalu.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 39B(2) akta sama dibaca bersama dibawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan jika sabit kesalahan.

Pertuduhan ketiga tertuduh bersama dengan seorang lagi yang masih belum dituduh, didakwa menanam sembilan pokok disyaki pokok kanabis yang mana kanabis itu diperolehi secara langsung atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6(A)(3) akta sama yang diibaca dibawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding itu, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shazwani Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali dan Nur Mustanir Md. Nor

Mahkamah kemudian menetapkan 16 Februari ini bagi tarikh sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan seorang ahli politik ditahan selepas dipercayai mengedar dadah di Pudu selain menyerbu rumah suspek di Ampang.

Turut ditahan isteri bersama pembantu rumah suspek.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI