fbpx

4,214 kes baharu, 10 kematian dilapor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kes baharu hari ini merekodkan sebanyak 4,214 kes, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 219,173 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sembilan kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 4,205 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 48,074 kes.

“Sebanyak 10 kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia mencatatkan 770 kes.

“Terdapat 4,280 kes sembuh hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 170,329 kes,” katanya menerusi ciapan pada Twitter rasmi beliau di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 316 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 137 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI