fbpx

JKM Melaka ambil dua anak suspek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina (dua dari kanan) menziarahi keluarga angkat kanak-kanak tujuh tahun yang maut dalam kejadian di Taman Krubong Jaya, di sini, kelmarin.

MELAKA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri hari ini mengambil kedua-dua anak pasangan pasangan suami isteri yang kini ditahan bagi membantu siasatan kes kematian kanak-kanak lelaki dipercayai akibat didera di Taman Krubong Jaya, di sini, kelmarin.

Dua kanak-kanak itu yang berusia dua dan empat tahun telah diambil di rumah nenek mereka di Simpang Bekoh, Jasin.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar berkata, pengambilan itu dibuat bagi menempatkan dua kanak-kanak terbabit di rumah kebajikan.

“Kita dapati nenek mangsa telah berusia, selain turut menjaga kakak sulung mereka yang berusia sembilan tahun.

“Jadi pihak JKM telah mengambil kedua-dua anak tersebut dan akan membuat permohonan di Mahkamah Ayer Keroh pada Isnin ini (esok) bagi hak penjagaan sementara untuk menempatkan dua kanak-kanak itu di rumah kebajikan agar mereka tidak terabai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengiringi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun yang hadir melawat keluarga angkat kanak-kanak lelaki itu di Homestay Sungai Putat, Batu Berendam di sini, hari ini.

Katanya permohonan hak penjagaan sementara itu dibuat di bawah Seksyen 17(1)(j) Akta Kanak-kanak 2001.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, berkata, kedua beradik itu berada dalam keadaan baik, namun mereka tetap akan di bawa ke Hospital Melaka untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Pada masa sama JKM juga akan memberikan perkhidmatan kaunseling kepada keluarga angkat mangsa yang masih bersedih memandangkan mereka sekeluarga telah menjaganya sejak berusia dua bulan lagi,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI