fbpx

Enam kategori pelajar dibenarkan kembali ke kampus 1 Mac depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyenaraikan enam kategori pelajar yang dibenarkan kembali ke kampus secara fizikal seawal 1 Mac depan bagi mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara hibrid iaitu secara fizikal dan secara dalam talian.

KPT berkata, kategori pertama ialah pelajar daripada program pengajian peringkat sijil, diploma, ijazah sarjana muda dan pasca siswazah yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel serta peralatan khas.

Menurut KPT, kategori kedua ialah pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian.

Katanya, kategori seterusnya ialah pelajar program asasi atau setara dan diploma sedia ada di kampus boleh meneruskan pembelajaran secara hibrid.

“Selain itu, turut dibenarkan ialah semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom serta pelajar Berkeperluan Khas OKU.

“Kategori terakhir ialah elajar yang menduduki peperiksaan Malaysia University English Test (MUET), antarabangsa dan badan profesional,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KPT berkata, pelaksanaan PdP secara hibrid di dalam kampus boleh dijalankan dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) dan mengutamakan keselamatan serta kebajikan pelajar.

“Pelajar yang tidak termasuk  dalam kategori pelajar berkeperluan pula akan meneruskan PdP secara dalam talian,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI