fbpx

380 kilogram daun ketum dalam Myvi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 380 kilogram daun ketum dimuatkan dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipercayai untuk diseludup keluar ke negara jiran.

TUMPAT – Seorang lelaki ditahan bersama bungkusan daun ketum seberat 380 kilogram selepas Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 menahan sebuah kereta berhampiran Pangkalan Haram Aziz di Kampung Pisau Raut di sini semalam.

Rampasan pada pukul 8.30 malam itu dilakukan selepas anggota PGA menjalankan rondaan rutin di kawasan tersebut sebelum menahan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

Pegawai Pemerintah Medan, Superintendan Nor Azizan Mohd Yusof berkata, susulan daripada itu, anggota PGA telah melakukan pemeriksaan di dalam kereta tersebut dan menemui 19 bungkus plastik mengandungi daun ketum.

“Bungkusan plastik itu telah ditemui di bahagian tempat duduk hadapan, belakang dan bonet kereta tersebut.

“Berdasarkan siasatan, kita tidak menolak kemungkinan daun ketum itu akan dibawa untuk diseludup ke negara jiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nor Azizan memberitahu, nilai keseluruhan rampasan termasuk kereta itu dianggarkan berjumlah RM 31,400.

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI