fbpx

Uyaina, jatuh pun comel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UYAINA ARSHAD

PETALING JAYA – Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad berkongsi momen kejadian lucu yang berlaku kepadanya ketika mengendalikan segmen tajaan dalam program Wanita Hari Ini (WHI) tengah hari tadi.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan Uyaina dalam Instagramnya, dia kelihatan hampir jatuh ketika berdiri di atas platform studio.

“Kadang-kadang, perkara buruk berlaku ketika siaran langsung. Kita mampu gelak sajalah,” tulisnya.

Perkongsian pengacara berusia 29 tahun itu menerima pelbagai respons daripada peminat termasuk rakan artis yang bersimpati dengannya selain ada yang menyifatkan kejadian tersebut sesuatu yang melucukan.

Menjawab komen daripada seorang peminat, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu menjelaskan keadaan tersebut berlaku disebabkan dia bergerak selangkah ke belakang sehingga kakinya terkeluar daripada platform.

“Untuk segmen tajaan, kami (pengacara) berdiri atas platform. Tadi Yana undur satu langkah ke belakang dan terkeluar kaki dari platform sebelum terpeleco,” jelasnya.

Namun begitu, peminat memuji sikap profesional Uyaina yang berjaya mengawal keadaan dan meneruskan pengacaraan seperti biasa meskipun hampir jatuh.

Malah kejadian berkenaan turut mencuri perhatian kekasih Uyaina iaitu penyanyi Raja Syahiran yang menyifatkan teman wanitanya tetap kelihatan comel.

“Jatuh pun comel, aduh,” tulis Raja Syahiran.

Pada masa sama, pengacara Maria Tunku Sabri berkata, kejadian sebegitu selalu terjadi kepada mana-mana pengacara ketika mengendalikan sesebuah program siaran langsung.

“Tak apa. Perkara ini jadi kepada semua hos,” tulisnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI