fbpx

The White Tiger tunjuk taring

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NASKHAH The White Tiger kini mula jadi perhatian dalam Netflix.

Filem terbaharu arahan Ramin Bahrani, The White Tiger hangat diperkatakan warga maya sehingga sohor kini dalam ruangan media sosial sejak dua minggu lalu.

The White Tiger yang dibintangi barisan pelakon hebat seperti Priyanka Chopra dan Adarsh Gourav berkisarkan tentang kehidupan masyarakat di India yang memaparkan pergelutan hidup golongan bawahan.

Dalam filem berkenaan, Gourav membawa watak sebagai seorang hamba bernama Balram Halwai kepada keluarga kaya-raya dengan sangat berkesan.

Klimaks kisah drama tersebut menyaksikan kebangkitan Balram membela nasib dirinya yang ditindas selepas dijadikan kambing hitam dalam sebuah kejadian tragik.

Filem The White Tiger disifatkan sebagai salah sebuah karya hebat Bollywood yang wajib ditonton dalam Netflix.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI