fbpx

Polis Marin rampas dua juta batang rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norzaid Muhammad Said (tengah) bersama pegawai dan anggota PPM Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor menunjukkan rokok seludup yang dirampas dalam serbuan di Kampung Cherang pagi tadi.

TUMPAT – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor di sini berjaya mematahkan cubaan menyeludup dua juta batang rokok putih bernilai RM1.5 juta termasuk cukai selepas menutup laluan keluar dan masuk Jalan Parit Tali Air di sini hari ini.

Serbuan pada pukul 6.30 pagi itu dilakukan oleh PPM selepas mengepung lori seberat tiga tan yang membawa muatan 10,000 karton rokok dari Kampung Cempaka menghala ke Kampung Cherang di Kota Bharu.

Komander PPM Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Norzaid Muhammad Said berkata, bagaimanapun, pemandu dan kelindan lori tersebut berjaya meloloskan diri selepas menyedari kehadiran anggota penguatkuasa itu.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota telah menjalankan risikan dan intipan di kawasan berkenaan sebelum berjaya mengesan sebuah lori yang memasuki lorong di laluan berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

“Kita telah berjaya memberhentikan lori itu dengan menutup kedua-dua arah lorong tersebut menggunakan empat buah kereta.

“Pemeriksaan di dalam lori itu membawa kepada penemuan 10,000 karton rokok putih. Nilai keseluruhan rampasan termasuk lori seberat tiga tan dianggarkan bernilai RM1.58 juta,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Markas PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor di sini hari ini.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI