fbpx

Ibu Yati mahu saman Yadim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOOR Hayati membuat laporan polis semalam di Balai Polis Ampang.

PETALING JAYA – Pemilik akaun Facebook Ibu Yati memberi tempoh tujuh hari kepada Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasruddin Hassan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya.

 

Kata Ibu Yati, Nasruddin telah membuat tohmahan dan fitnah terhadapnya membawa ajaran sesat, membawa agama baru, membawa agama Melayu dan juga ajaran sesat Ibu Yati.

“Beliau telah menghasut, memfitnah, menghina dan menimbulkan kebencian awam serta menjatuhkan reputasi saya dan memberi imej negatif terhadap saya sebagai Tokoh Wartawan Rakyat.

“Laporan polis telah pun saya buat pada 29 Januari 2021 di Balai Polis Ampang. Saya juga sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang saman sivil terhadap Yadim,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Justeru Ibu Yati berkata, dia menafikan semua tohmahan dan fitnah bahawa dia ada mengeluarkan sebarang kenyataan membawa agama baru, agama Melayu dan ajaran Ibu Yati yang berniat jahat mahu menjatuhkan reputasinya.

Katanya, dia turut memohon siasatan dan tindakan pihak polis ke atas pemilik Facebook yang telah menjatuhkan maruah dan imejnya sebagai Tokoh Wartawan Rakyat.

“Saya mendapati kandungan di YouTube Ibu News Channel telah dimuat turun, diubahsuai dan disiarkan kembali di luar konteks termasuk melibatkan rakaman video lain yang berusia lima tahun lalu,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI