fbpx

5,728 kes, 13 kematian direkod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
5,728 kes hari ini

PUTRAJAYA – Sekali lagi kes baharu merekodkan angka tertinggi dengan 5,728 kes hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kes positif Covid-19 mencecah 209,661 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, lima kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 5,723 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 47,388 kes.

“Sebanyak 13 kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia mencatatkan 746 kes.

“Terdapat 3,805 kes sembuh hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 161,527 kes,” katanya menerusi ciapan pada twitter rasmi beliau di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 319 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 120 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI