fbpx

Spekulasi rampasan kuasa bertiup kencang di Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIN AUNG HLAING

YANGON – Lebih 12 kedutaan termasuk delegasi Amerika Syarikat(AS) dan Kesatuan Eropah(EU) hari ini menggesa Myanmar supaya mematuhi norma demokrasi, sekali gus menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menyuarakan kebimbangan bahawa rampasan kuasa tentera akan berlaku.

Myanmar hanya satu dekad keluar daripada pemerintahan tentera selama 50 tahun. Negara itu kini ditadbir di bawah kerajaan demokrasi yang berkongsi kuasa dengan junta tentera.

Sejak beberapa minggu lalu, tentera Myanmar menuduh berlaku penipuan dalam pilihan raya umum pada November tahun lalu yang menyaksikan parti pemerintah, Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) yang dipimpin Aung San Suu Kyi menang besar.

Tuduhan itu semakin serius minggu ini dengan seorang jurucakap tentera pada Selasa lalu enggan menolak kemungkinan rampasan tentera akan diadakan bagi menangani krisis politik tersebut.

Kebimbangan meningkat selepas komander tentera Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing menyuarakan sentimen sama semalam apabila beliau berkata bahawa perlembagaan negara boleh dirombak di bawah keadaan tertentu.

Wakil-wakil rakyat baharu itu dijangka menduduki Parlimen pada 1 Februari ini manakala kawalan keselamatan d ibu kota, Naypyidaw diperketat hari ini dengan polis memasang kawat berduri.

Kedutaan AS bersama 16 negara lain termasuk Britain dan delegasi EU mengeluarkan satu kenyataan hari ini yang menggesa pihak tentera mematuhi norma demokrasi.

“Kami menantikan sidang Parlimen yang aman pada 1 Februari ini dan pemilihan Presiden serta Speaker.

“Kami menentang cubaan untuk mengubah keputusan pilihan raya atau menjejaskan peralihan demokrasi di Myamar ” kata kenyataan bersama itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI