fbpx

Husaini dilantik Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Husaini

PUTRAJAYA – Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof. Datuk Dr. Husaini Omar, 57, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPPT) baharu berkuat kuasa 1 Februari sehingga 9 Mac 2023.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad berkata, Husaini menggantikan Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak yang bersara wajib pada 10 Januari lalu.

Beliau berkata, dia percaya bahawa Husaini akan terus melonjakkan prestasi pendidikan tinggi negara berbekalkan kepakaran, pengalaman dan pencapaian cemerlang yang dimilikinya.

Katanya, ini selaras dengan hasrat yang diaspirasikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015 – 2025.

“Husaini menggalas tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MQA dari 1 Jun 2020 sehingga 31 Januari 2021.

“Beliau telah menerbitkan lebih 200 buah penerbitan dalam bentuk jurnal, prosiding, buku, dan laporan teknikal hasil daripada penyelidikan yang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI