fbpx

Komputer terpakai jadi pilihan ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA komputer riba terpakai yang dijual di kedai Afiq di ibu negara.

PETALING JAYA – Pengusaha kedai komputer terpakai seperti mendapat durian runtuh apabila perniagaan mereka menjadi tumpuan daripada ibu bapa yang datang untuk membeli peranti itu bagi memenuhi keperluan anak-anak mereka melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Tinjauan Kosmo! di beberapa kedai komputer terpakai di sekitar bandar raya ini menunjukkan permintaan dan pembelian komputer riba dan komputer terpakai sebagai pilihan utama ketika ini.

Seorang pengusaha kedai barangan komputer terpakai, Afiq Rahmed, 34, berkata, perlaksanaan PdPR sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) memberikan rezeki yang lebih kepada mereka.

“Ketika ini komputer terpakai menjadi pilihan ibu bapa, ada juga yang datang untuk membaiki dan menambah kelajuan komputer riba lama mereka sebelum ini bagi memenuhi kehendak pembelajaran anak-anak mereka.

“Faktor harga yang murah menjadikan komputer terpakai pilihan mereka, lagipun kualiti komputer-komputer terpakai masih lagi elok dan boleh digunakan untuk beberapa tempoh masa lagi,” ujarnya kepada Kosmo! hari ini.

Afiq yang memiliki sebuah kedai komputer terpakai turut menggunakan perkhidmatan dalam talian dalam penjualan produknya. Harga komputer terpakai yang dijualnya bermula pada harga RM250 sehingga RM2,000 seunit.

Sementara itu, bagi peniaga komputer terpakai secara dalam talian, Mohd. Fahmi Mustapha, 36, pula berkata, PKP yang dilaksanakan ketika ini sedikit menyukarkannya untuk mendapatkan stok komputer-komputer terpakai.

“Memang stok yang ada dengan saya ketika ini semakin susut, permintaan komputer riba dan komputer biasa terpakai memang menjadi pilihan ibu bapa yang mempunyai pendapatan biasa.

“Bagi ibu bapa yang bekerja memang mereka mampu, namun bagi ibu bapa yang bekerja biasa dan tinggal di kawasan kampung pilihan mereka adalah komputer terpakai bagi memenuhi keperluan anak-anak mereka,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI