fbpx
Ciapan di akaun  Twitter Tangga Putra Perdana memaparkan  poster  yang  menggunakan  nama mirip  J-KOM  iaitu  ‘diterbitkan  oleh  Jabatan  Komunikasi  Masyarakat  (J-KOM)’  dan jata kementerian.

KKMM nafi J-KOM terbit poster tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KKMM nafi J-KOM terlibat penerbitan poster tular

Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL

PUTRAJAYA – Kementerian  Komunikasi  dan  Multimedia  Malaysia  (KKMM)  menafikan Jabatan Komunikasi  Komuniti  (J-KOM)  iaitu  sebuah jabatan  di  bawah  KKMM  terlibat  dalam penerbitan  poster  yang  dimuat  naik  di  akaun  Twitter Tangga Putra Perdana semalam.

KKMM dalam satu kenyataan berkata, penggunaan  jata  atas  nama  kementerian  dan  jabatan  oleh  pihak  lain  tanpa kebenaran  merupakan  tindakan  yang  tidak  beretika.

“Tindakan itu juga disifatkan tidak  bertanggungjawab serta  menimbulkan  kekeliruan  orang  ramai,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. – K! ONLINE

 

POPULAR