fbpx

Ini kesilapan saya – Shuk Sahar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shuk Sahar

PETALING JAYA – Pengacara sensasi, Shuk Sahar akhirnya tampil mengakui kesilapan dirinya selepas didakwa curang dengan seorang wanita selepas didedahkan isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah beberapa hari lalu.

Perkara tersebut diakui sendiri oleh Shuk dalam satu hantaran Instagram yang dimuat naik olehnya semalam.

Menerusi perkongsian tersebut, juruhebah Hot FM itu turut memuat naik sebuah video dia bersama dua anak perempuannya, Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifa Aimy.

Dalam video tersebut juga, Shuk dilihat bertanya kepada dua anaknya sama ada merindui dirinya atau tidak.

“Ain rindu ayah? Sayang ayah tak?,” tanya Shuk kepada anak sulungnya.

Menurut Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 35, dia menyedari bukan mudah untuk memperbetulkan kesilana yang sudah dilakukannya.

“Setiap orang melakukan kesalahan dan ini ialah kesilapan saya.

“Ya, bukan senang dan tidak mudah untuk saya jernihkan semula air yang telah keruh,” katanya dalam entri berkenaan.

Dia juga turut menegaskan bahawa akan berusaha untuk kembali semula bersama isteri dan anak-anaknya.

“Apapun saya sanggup demi mendapatkan kembali keluarga dan kebahagian saya!,” katanya lagi.

Dalam pada itu, ruangan komen hantaran pengacara I Can See Your Voice itu dihujani dengan pelbagai reaksi netizen tentang pengakuan tersebut.

Rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat kepada pelakon filem Adnan Sempit 2 itu dan berharap agar dia berubah menjadi seorang suami yang lebih baik.

Susulan daripada kejadian tersebut, pengurusan stesen radio Hot FM turut mengumumkan perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio digantung serta merta bermula 25 Januari lalu.

Terdahulu, Kosmo! pada 23 Januari lalu melaporkan Shuk sekali lagi curang selepas isterinya mendedahkan kecurangan yang didakwa berkunjung ke rumah wanita lain.

Pendedahan berani tersebut dikongsikan sendiri Rossa menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik menerusi Intagramnya.

Dia mendedahkan Shuk masih menjalinkan hubungan dengan wanita sama sebelum ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI