fbpx

Etika Cares sumbang minuman pelbagai jenis kepada mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pengeluar minuman halal utama di Malaysia, Etika Sdn. Bhd. (Etika) menjalin kerjasama dengan beberapa organisasi tempatan bagi menyokong keluarga yang terjejas akibat bencana banjir di Pahang, Johor, Selangor, Pe­rak, Kelantan dan Terengganu.

Syarikat itu akan mengedarkan 2,000 karton (lebih 45,000 unit) minuman pelbagai jenis bersama rakan kongsi buat mangsa yang terpaksa menduduki pusat pemindahan.

Inisiatif tersebut dilaksanakan di bawah Etika Cares, iaitu program jangka panjang yang ditubuhkan syarikat bagi pelaksanaan projek-projek yang tidak hanya berfungsi untuk memberi sokongan, malah membantu mengekalkan ke­sejahteraan masyarakat setempat pada saat-saat memerlukan.

Sepanjang wabak Covid-19, Etika Cares secara aktif be­kerjasama dengan pelbagai pertubuhan termasuk petugas barisan hadapan, pemilik perniagaan tempatan dan organisasi untuk memenuhi ke­perluan untuk bertindak balas ketika krisis.

Ketua Pegawai Eksekutif Etika Malaysia, Singapura dan Brunei, Khalid Alvi berkata, pihaknya percaya terhadap keperluan untuk mencipta impak positif menerusi kerja-kerja yang dilaksanakan di kawasan komuniti tempat mereka beroperasi.

“Kami amat bersimpati melihat situasi yang menimpa ­mangsa banjir dan kami akan berusaha sebaik mungkin untuk menawarkan sokongan buat mereka,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Menerusi kerjasama dengan Yayasan Food Bank Malaysia dan pelbagai organisasi lain, Etika berhasrat untuk mencipta impak dalam kalangan komuniti, antaranya menyediakan keperluan harian buat 100 keluarga B40 bersama Gibraltar BSN Life Berhad.

“Salah satu pengajaran yang kami dapati daripada situasi pandemik ialah keperluan untuk saling tolong menolong antara satu sama lain sewaktu berdepan dengan krisis.

“Ketika kita memasuki tahun baharu, Etika komited untuk membina komuniti yang lebih kuat di peringkat individu, organisasi dan masyarakat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI