fbpx

Liga M ditunda pada 5 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. GHANI menjelaskan saingan Liga M yang sepatutnya bermula pada 28 Februari terpaksa ditunda 5 Mac depan susulan PKP di seluruh negara kecuali Sarawak.

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan bahawa saingan Liga Malaysia (Liga M) yang sepatutnya bermula pada 26 Februari ini ditunda ke tarikh baharu pada 5 Mac depan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih dilaksanakan di seluruh negara kecuali Sarawak ketika ini.

Lebih mengejutkan, MFL turut membatalkan kejohanan Piala FA buat tahun kedua berturut-turut bagi memastikan pasukan tidak dibebani dengan jadual padat sekali gus memberikan impak kepada kualiti Liga M.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan mengakui keputusan itu dicapai selepas berbincang dengan Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah MFL dan persetujuan daripada wakil-wakil pasukan dalam satu taklimat khas baru-baru ini.

Ab. Ghani berkata, MFL turut menyediakan beberapa meka­nisme seperti prosedur operasi standard (SOP) latihan yang le­bih ketat dan SOP latihan kem latihan berpusat secara kuarantin bagi memastikan perjalanan liga lebih efektif dan selamat.

“Status pandemik Covid-19 berada di paras yang cukup membimbangkan selain status PKP menyebabkan MFL bersedia dengan langkah awal iaitu me­nunda tarikh sepak mula pada 5 Mac depan.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan permintaan rakan kongsi Liga M yang mahu persiapan pasukan sekurang-kurang dijalankan selama tiga minggu sebelum sepak mula.

“MFL juga mengambil faktor pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, kejohanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) melibatkan JDT serta pertandingan Piala AFC yang bakal diwakili oleh Kedah Darul Aman FC dan Terengganu FC.

“Selain itu, tiada kejohanan Piala FA seperti tahun lalu dan keputusan dibuat demi memastikan keseimbangan jadual,” katanya.
Sebagai rekod, saingan Liga M pernah ditunda lebih lima bulan susulan penularan pandemik Covid-19 pada tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI