fbpx

Dikelentong ‘kawan palsu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Wajar waspada sekiranya menerima mesej WhatsApp atau dihubungi rakan yang mahu meminjam wang.

Ia kerana seorang pengawal keselamatan berusia 35 tahun di Bera kerugian RM1,350 selepas memberi wang kepada individu menyamar rakannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa dihubungi suspek melalui aplikasi WhatsApp, kelmarin.

“Mangsa terima mesej WhatsApp melalui nombor tidak dikenali yang meminta pinjam wang untuk bayar bantuan mualaf.

“Lelaki itu memeriksa profil WhatsApp penghantar mesej itu dan mendapati individu tersebut menggunakan gambar rakannya,” kata Mohd. Wazir melalui kenyataan hari ini.

Beliau menambah, mangsa yang tidak berasa curiga selepas melihat gambar profil itu melakukan transaksi pemindahan wang ke dalam akaun seorang lelaki, semalam.

“Selepas transaksi dibuat, mangsa telah disekat daripada menghubungi semula individu itu melalui aplikasi WhatsApp.

“Apabila mangsa bertanya kepada rakannya yang sebenar, kawannya itu memaklumkan tidak pernah minta pinjam wang daripadanya,” tambah Mohd. Wazir.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Mengkarak semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI