fbpx
PENYANYI Suhaimi Saad mengaku individu yang tular dalam tangkap layar perbualan aplikasi Grindr adalah dirinya.

Dalam Grindr tu memang aku – Suhaimi Saad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad mengakui individu di sebalik akaun aplikasi perkenalan songsang, Grindr yang didedahkan sebuah portal hiburan semalam, adalah dirinya.

Bagaimanapun, bapa kepada empat cahaya mata itu berkata, dia hanya menggunakan aplikasi berkenaan untuk mempromosikan khidmat urut lelaki dan bukannya sampai ke tahap mengadakan hubungan sejenis.

“Dalam Grindr itu memang aku. Nak urut, PM (private message). Kalau nak hisap atau fun (berseronok), aku tak offer (tawarkan).

“Kau datang minta nak hisap. Orang itu dah jawab dia tak buat sebab dia tukang urut. Kau balas dengan rasa hampa. Bila dia letak harga, kau pergi tularkan dan cakap dia tawar khidmat hisap,” katanya menerusi Facebook.

Ujar suami kepada Ina Naim itu lagi, individu yang bertindak menularkan atau mengaitkan namanya dengan aktiviti songsang semalam hanya mengumpul dosa sendiri dan berniat tidak baik.

“Berhentilah gosip ‘gayboy’ dan tuduhan itu. Tidak elok, kau orang hanya akan himpun dosa sahaja. Dan, kalau betul pun, kenapa?.

“Kau hanya aibkan aku untuk jatuhkan aku, padahal itu hanya akan menaikkan nama aku sedangkan kau tetap di situ menghimpun dosa beribu,” jelas Suhaimi lagi.

Semalam, kecoh apabila sebuah portal berkongsi kisah seorang selebriti senior dilaporkan menawarkan perkhidmatan urut dalam laman mencari pasangan songsang, Grindr.

Suhaimi, 40, berkahwin dengan Ina Naim pada 12 Ogos 2007 di Masjid Jamek Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie (2008), Sallman Elkhoyri (2010), Phyrosh Elfadwah (2012) dan Nur Layla Elghufrony (2014). — K! ONLINE