fbpx

473 dikompaun ingkar SOP PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 473 individu dikompaun manakala 33 lagi direman Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan direkodkan ialah tidak memakai pelitup muka (112) serta premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (84).

“Kesalahan lain ialah rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran (77), tiada penjarakan fizikal (76), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran pelanggan (66) dan lain-lain (91),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, menurut beliau, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM telah membuat 60,840 pemeriksaan semalam.

“Seramai 3,048 Pasukan Pematuhan melibatkan 12,772 anggota telah membuat pemantauan di 5,186 buah restoran, pasar raya (3,684), bank (3,537), penjaja (2,095), kilang (1,443) dan pejabat kerajaan (686).

“Juga dipantau, sebanyak 932 terminal pengangkutan darat, terminal pengangkutan air (239) dan terminal pengangkutan udara (76),” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditangkap manakala lapan buah kenderaan darat dirampas menerusi Ops Benteng semalam.

“Dalam operasi itu juga, turut dikesan 82 bot atau kapal berada di perairan negara melalui tujuh aktiviti penglihatan,” ujarnya.

Tambahnya, sebanyak 536 Sekatan Jalan Raya telah dilaksanakan semalam oleh pihak berkuasa seperti PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI