fbpx

McGregor berang disindir Khabib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MCGREGOR naik angin dan berbulu dengan kenyataan yang dibuat oleh Khabib selepas dia kalah kepada Poirer semalam.

ABU DHABI – Tindakan Khabib Nurmagomedov mengeluarkan kenyataan berbaur sindiran terhadap Conor McGregor ibarat mencurah minyak ke dalam api yang membara selepas jaguh bintang seni bela diri campuran dari Ireland itu ingin menyeru Khabib turun ke gelanggang semula.

Penampilan semula McGregor ke gelanggang oktagon UFC 257 cukup memalukan apabila pe­tinju berusia 32 tahun itu rebah seawal pusingan kedua de­ngan keputusan knockout ketika berdepan petinju Amerika Syarikat (AS), Dustin Poirer petang ­semalam.

Kekalahan itu menyebabkan Khabib menyindir McGregor dengan menyifatkan punca utama dia tumbang sebab meninggalkan barisan kejurulatihan dan berlatih dengan kanak-kanak.

“Inilah yang berlaku apabila anda mengubah pasukan, me­ninggalkan rakan sepelatih yang mengangkat anda sebagai juara dan kemudian berlatih dengan kanak-kanak. Jelas jauh daripada realiti sebenar,” kata Khabib.

McGregor tidak berpuas hati dengan kenyataan Khabib dan mengajak untuk turun semula ke gelanggang.

“Pasukan saya telah bersama saya sejak hari pertama. Saya tidak melakukan sebarang perubahan. Sila hormat atlet yang berada dalam gelanggang ini. Setiap perlawanan adalah berbeza.

“Sekiranya dia ingin memberikan kenyataan yang tidak sopan, kembali semula daripada persaraan. Saya sentiasa membuka pintu untuk dia kembali ke arena ini. Sekiranya anda kembali se­mula, sila berada dalam pertaru­ngan ini, itu sahaja. Bukan sekadar cakap kosong,” tegas McGregor.

Jaguh tinju dari Ireland tersebut mengumumkan persaraannya sebelum ini tetapi kembali semula ke gelanggang oktagon pada Julai lalu untuk meneruskan perlawanan. Selepas perlawanan menentang Poirer, McGregor terus dikaitkan dengan pertarungan menentang ikon tinju Filipina Manny Pacquiao. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI