fbpx

Koperal Azmi meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmi yang menerima lawatan Noorzainy dan bekas rakan-rakan setugas semalam meningal dunia hari ini.

SEBERANG PERAI – Anggota polis yang mengalami penyakit kanser rahang,  Koperal Azmi Kamarudin, 34, meninggal dunia hari ini.

Perkara tersebut disahkan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor yang memaklumkan Azmi menghembuskan nafas terakhir pukul 12.18 tengah hari tadi di rumahnya di Taman Bertam Perdana, Kepala Batas di sini.

Menurutnya, jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Berpusat Masjid Abdullah Fahim, Permatang Langsat, Kepala Batas di sini selepas solat Asar.

Kosmo! hari ini melaporkan hasrat Azmi yang menghidap kanser rahang untuk bertemu rakan setugas tercapai selepas menerima kunjungan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah SPU kira-kira 30 minit di rumahnya di Taman Bertam Perdana, Kepala Batas di sini semalam.

Azmi adalah anggota yang pernah bertugas di Bahagian Stor Barang Kes Berpusat di Kepala Batas sebelum ditukarkan ke Bahagian Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI