fbpx

Fernandes, Kane pilihan sesuai aksi minggu ke-20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KESEBELASAN utama pilihan Kosmo! untuk perlawanan ke-20.

SAINGAN Fantasy Premier League (FPL) kini sudah memasuki minggu ke-20 dan semua pengurus dijangka melakukan beberapa perubahan
berdasarkan jadual perlawanan sebelum ini.

Hari ini Kosmo! berkongsi beberapa tip bagi membo­lehkan para pengurus FPL melakukan pertaruhan terbaik dalam usaha memburu mata maksimum.

Tiada pemain Liverpool yang diletakkan dalam skuad utama kali ini kerana mereka dijangka terus berdepan masalah apabila bertemu dengan Tottenham pada awal pagi Jumaat nanti.

KAPTEN
BRUNO FERNANDES menjadi pilihan untuk menjadi kapten pasukan minggu ini memandangkan United sangat bergantung harap dengan sentuhan penyudahnya yang cukup berbisa selepas meledak 11 gol musim ini.

PENYERANG
HARRY KANE menjadi pilihan menyarung jersi No. 9 skuad FPL pilihan Kosmo! berdasarkan rekod cemerlangnya menentang Liverpool. Dia menjaringkan 6 gol dalam sejarah kariernya ke atas The Reds.

TENGAH
PHIL FODEN diletakkan sebagai sandaran untuk mengemudi jentera tengah kerana dia sememangnya pemain paling konsisten buat The Citizens dan kini menjadi sandaran utama selepas tonggak utama, Kevin de Bruyne dilanda kecederaan.

PERTAHANAN
JOHN STONES diberi kepercayaan menjadi tonggak utama posisi ini kebolehannya menghadiahkan mata tambahan jika berjaya meledak gol pada aksi bertemu West Brom nanti.

PENJAGA GOL
DAVID DE GEA menjadi pilihan utama untuk menyarung jersi No. 1 dalam skuad FPL kali ini kerana dijangka tidak mempunyai masalah untuk meneruskan rekod cemerlang apabila menentang pasukan tercorot liga, Sheffield United.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI